Navigasi Sistem : PSS Web | WebOPAC | e-PSS Buletin | Taqwin PSS 09

~Anjung

Terima kasih kerana anda sudi melawat laman web rasmi Pusat Sumber Sekolah SMK Sungai Besar. Laman web ini menyediakan pelbagai maklumat yang berguna untuk anda mengetahui secara dekat berkenaan dengan Pusat Sumber SMK Sg. Besar ini dari awal penubuhannya hinggalah sekarang. Selamat melayari laman web ini !

seterusnya »

Laman Web PSS SMK Sungai Besar, v2.0 ke v.3.0

10 Februari 2009 | oleh : webmaster PSS

Laman web Pusat Sumber Sekolah SMK Sungai Besar ini masih dalam proses pemindahan data dan maklumat dari tapak asal. Perubahan pada struktur rekabentuk adalah mengikut piawaian CSS dan XHTML yang terkini. Oleh yang demikian, ada beberapa pautan yang tidak tepat laluannya. Mohon maaf kerana sebahagian daripada kandungan laman web ini masih belum lengkap. Harap Maklum dan terima kasih. Sebarang komen atau cadangan sila kemukakan di email farelza@yahoo.com.

________________________________________________________________

Pemantauan BTP untuk Anugerah PSS Cemerlang '09

09 Februari 2009 | oleh : penyelaras PSS

Adalah dengan ini dimaklumkan kepada seluruh warga SMK Sungai Besar bahawa Pegawai daripada BTP Negeri Selangor akan mengadakan pemantauan kepada Pusat Sumber bagi Anugerah PSS Cemerlang Peringkat Negeri Selangor 2009. Butiran adalah seperti di bawah :

Hari : RABU / Masa : mulai jam 10.00 pagi / lokasi : PSS dan sekitar SMK Sungai Besar

Oleh yang demikian, harapan agar kita semua dapat memberikan kerjasama yang erat bagi memastikan PSS SMK Sungai Besar meneruskan tradisi kecemerlangannya demi martabat kita bersama. Insya-Allah. Sekian. Terima kasih.

________________________________________________________________

Notis Penutupan PSS SMK Sungai Besar

09 Februari 2009 | oleh : penyelaras PSS

Mohon kerjasama kepada semua staf dan pelajar SMK Sungai Besar bahawa PSS akan menutup sementara operasi peminjaman buku kepada para pelajar dan staf oleh sebab kerja-kerja dekorasi untuk Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri Selangor 2009. Namun yang demikian, proses pemulangan buku masih boleh dilakukan dengan menghubungi Pengawas PSS yang bertugas. Sekian, terima kasih.