Navigasi Sistem : PSS Web | WebOPAC | e-PSS Buletin | Taqwin PSS 09

~Sejarah PSS

Tak kenal maka tak cinta, itulah gambaran ringkas untuk menceritakan detik mula bagi Pusat Sumber Sekolah SMK Sungai Besar ini sehingga ianya menjadi salah satu ikon utama kecemerlangan SMK Sungai Besar hingga ke hari ini. Mari ikut coretan di sebalik sejarahnya PSS SMK Sungai Besar.

seterusnya »

SEJARAH AWAL 1965 HINGGA 1970;
Pusat Sumber SMK Sungai Besar ditubuhkan pada 1967. Ia bermula daripada sebuah perpustakaan tradisional.  Ia mempunyai koleksi bahan buku, majalah dan surat khabar. 

TAHUN 1980-AN
Pada 22 Jun 1981, sempena hari ucapan dan penyampaian Hadiah serta Mesyuarat agung PIBG SMK Sungai Besar, satu pameran Khas telah diadakan di bilik Media Pendidikan SMK Sungai Besar.  Ketiga-tiga acara ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Selangor Encik Mohd Diah Haji Nordin.

Pameran selama 2 hari ini telah menggabungkan tenaga beberapa buah Persatuan seperti Pusat Media Pendidikan, Kelab Seni Foto, persatuan Ilmu Hisab dan Sains, Kelab Kerjaya dan Perpustakaan sekolah.  Bermula dari peristiwa inilah konsep Pusat Sumber diperkenalkan kepada para pelajar, guru-guru dan ibubapa di sekolah ini.

Walau bagaimanapun pada peringkat awal dan sepanjang tahun 1980an kebanyakan aktiviti pusat sumber sekolah ini bergerak dalam dua unit berasingan, iaitu Bahagian Alat Pandang Dengar dan Bahagian Perpustakaan. 

TAHUN 1990-AN
Sehinggalah pada akhir 1990, satu pegubahsuaian secara besar-besaran telah dibuat untuk membentuk semula organisasi pusat sumber dengan melibatkan semua Ketua Panitia Mata pelajaran, Guru-guru Kokurikulum,  Guru-guru Media dan Guru-guru perpustakaan.

Pembentukan organisasi yang baru ini telah menempa sejarah penubuhan pusat sumber SMK Sungai Besar. Pada tahun 1992, rancangan untuk memusatkan pusat sumber pada satu lokasi yang lebih strategik dan sistematik telah dapat dilaksanakan melalui kerjasama pihak pentadbir sekolah, PIBG, guru-guru, pekerja dan pelajar-pelajar. 

Pusat sumber diubahsuai secara besar-besaran dari 7 buah bilik darjah. Hasilnya wujudlah pusat sumber SMK Sungai Besar  yang berpusat.  Maka wujudlah sebuah perpustakaan, sebuah unit media pendidikan, sebuah bilik rakaman, sebuah bilik komputer dan dua buah studio tayangan.  Modal mengubahsuai hanya RM1,500 hasil kutipan derma ibu bapa, guru dan para dermawan.  Kerja mengubahsuai dilakukan secara bergotong- royong oleh guru-guru, pekerja dan dibantu oleh pelajar-pelajar.

Penubuhan PSS yang berpusat pada 1992 ini merupakan ‘turning point’ kepada PSS kerana bukan sahaja dapat mencapai matlamat pusat sumber sebagai pusat kegiatan kurikulum dan kokurikulum yang mendukung falsafah “Kecemerlangan Akademik Dan Kokurikulum Pelajar-pelajar SMK Sungai Besar melalui Pusat Sumber Sekolah” malah PSS ini pernah dinobatkan sebagai Pusat Sumber Cemerlang Selangor tiga tahun berturut-turut.

Dengan adanya PSS yang berpusat segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dapat dijalankan.  PSS dinaik taraf melalui draf rancangan lima tahun seperti fizikal,koleksi bahan dan latihan sumber manusia.  PSS telah mewakili daerah untuk pertandingan PSS cemerlang Negeri Selangor pada tahun 1996 dan telah muncul sebagai johan 3 tahun berturut-turut iaitu 1996, 1998 dan 2000.

Pada 1999, PSS dinaiktaraf kepada PSS Bestari seiring dengan pencalonan sekolah dalam Projek   Rintis Sekolah  Bestari.   Pemilihan ada kaitannya dengan PSS yang cemerlang.  Dengan itu pengautomasian PSS menggunakan sistem  Smart School Management System (SSMS). 

Dengan prestasi tersebut Pusat Sumber Pendidikan Negeri telah memberi kepercayaan untuk mencalonkan PSS SMK Sungai Besar untuk mewakili Selangor bertanding di peringkat Kebangsaan.  Pada tahun 2000 PSS bertanding di peringkat Kebangsaan.  Tetapi pada tahun ini, kami tidak berjaya. Pada 2001, PSS bertanding lagi di peringkat Kebangsaan dan hanya berjaya meraih tempat ketiga.  Oleh kerana kegigihan semua warga sekolah kami bertanding lagi pada 2002, dan kali ini  PSS SMK Sungai Besar telah berjaya menjadi Johan Anugerah Pusat Sumber Sumber Cemerlang Kebangsaan  Kategori Luar Bandar. PSS mendapat wang tunai RM 5,000.00 dan RM10,000.00 untuk program menaik taraf PSS.

Era 2000 hingga sekarang

Program naik taraf PSS era milinium dilaksanakan melalui draf Rancangan Pembangunan PSS Lima Tahun secara berperingkat-peringkat hasil sumbangan PIBG, tenaga gotong-royong guru-guru, pekerja dan murid. Draf Rancangan Pembangunan PSS 5 Tahun:

Fasa 1 (1999 hingga 2003)
Fasa 2 (2004 hingga 2008)
Fasa 3 (2009 hingga 2013)

KEMUDAHAN FIZIKAL
Kami berjaya mewujudkan kemudahan fizikal yang lengkap untuk kemudahan pengajaran pembelajaran yang kondusif. Di antara kemudahan yang sedia ada adalah:

PERPUSTAKAAN
Keluasan 3 bilik darjah dengan kemasan lantai jubin yang menggunakan tenaga pekerja, guru dan murid.  Kerja dilakukan pada waktu malam.  Makan dan minum disediakan oleh  guru perempuan.   Kos adalah sumbangan PIBG sekolah dan derma orang perseorangan yang dermawan.  Pada peringkat fasa kedua, perpustakaan ini telah dipasang 3 unit penghawa dingin sumbangan YB Dato’ Noh Bin Omar, ahli parlimen Tanjung Karang.  Kos penghawa dingin adalah RM 10,080.00 termasuk pemasangan.  Perpustakaan terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian Rujukan dan Bahagian Pinjaman.  Ia dilengkapi dengan dengan bahan bacaan dan kemudahan membuat rujukan. Perpustakaan ini boleh menampung lebih kurang 120 orang murid pada satu masa. Boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran.

PEJABAT PSS
Ia merupakan Pusat Pentadbiran dan Pengurusan PSS.  Di sini juga merupakan pusat penyimpanan rekod-rekod pengurusan dan pentadbiran PSS.  Bilik ini juga berfungsi sebagai tempat simpanan bahan, khusus untuk bahan-bahan media  elektronik software dan hardware juga bahan-bahan bercetak bukan buku yang dikategorikan sebagai koleksi terhad.

BILIK SIMULASI
Asalnya adalah bilik tayangan dan selaras  sebagai Sekolah Bestari ia dinaiktaraf kepada Bilik Simulasi.  Berkeluasan satu bilik darjah ia dapat menampung 40 orang murid. Bilik dilengkapi dengan sebuah televisyen, CD dan VCD player, komputer dan LCD untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.  Murid boleh membuat tempahan untuk mengguna bilik ini untuk menonton CD dan VCD berbentuk akademik.

MAKMAL KOMPUTER BESTARI
Bilik ini dilengkapi dengan 21 unit komputer dengan talian internet dan perkakasan hardware berkaitan dengan komputer. Boleh memuatkan 40 orang murid pada satu masa pengajaran dan pembelajaran.
Pada 2008, SMK sudah diiktiraf sebagai Sekolah Bestari 5 Bintang.  MDEC adalah badan korprate yang menjadi bapa angkat untuk sekolah ini.  Pada 2008

PUSAT MEDIA
Ia dilengkapi dengan 10 unit komputer dengan internet dan perkakasan hardware. Murid boleh mengakses Internet secara percuma dan sebagai pusat rujukan maklumat yang paling digemari oleh murid. 

FIZIKAL DI PERSEKITARAN SEKOLAH
Berkonsepkan PSS merentas mayapada sekolah, kewujudan pondok-pondok bacaan, koridor Ilmu, Lalauan Informasi, Pohon Maklumat, Laman Sumber Sejarah Sekolah, Laluan Rekreasi, Galeri Eksplorasi Sains dan E- Terminal menjurus kepada sumber berada diseluruh persekitaran sekolah.  Dengan itu proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan di dalam dan di luar bilik darjah.   Siaran ASTRO Pendidikan juga dapat dimanfaatkan di dalam dan di luar PSS.

BILIK RAKAMAN DAN STESEN RADIO  SEKOLAH
Berkeluasan 1 bay.  Bahagian dwifungsi ini berperanan sebagai Bilik Rakaman sekaligus sebagai Stesen Radio sekolah ini.  Bilik ini dilengkapi dengan peralatan rakaman dan siaran.
Stesen Radio dikendalikan oleh panitia Bahasa Melayu dan Inggeris secara bergilir-gilir.  AJK murid akan menulis skip seperti yang dirancangkan untuk sesuatu masa yang ditetapkan.  Waktu siaran ialah pada waktu rehat sahaja.

PUSAT AKSES KENDIRI
Berkeluasan 1 bay.  Bilik ini menempatkan koleksi bahan pembelajaran akses kendiri Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.  Selain bahan bercetak, bahagian ini juga dilengkapi dengan karel basah yang boleh digunakan mengakses maklumat.  Pelbagai CD dan VCD juga terdapat disini yang boleh diakses oleh guru dan murid.  Pusat ini dikendalikan oleh AJK Pusat Akses Kendiri terdiri dari pelajar dan dipantau oleh guru penyelaras Pusat Akses Kendiri.